Muke Blogg3r

Ini adalah blog yg memang bole memenatkan muke anda untuk membaca cerita2 yg menarik serta padat dengan pengetahuan seluruh dunia

Rabu, 25 Januari 2012

Rahsia Logo Volkswagen


Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.
Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.
Rekaan Kereta oleh Adolf Hitler
Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.
Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mdah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, lyang bermaksud “strength through joy car”).
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,
“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”
Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.
Misteri Logo Volkswagen
Apa yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.
Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetapi ia mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju. Apabila diputar laju biasanya ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan.
Tak jelas ? Kita cuba Slow motion lak…
Aku pun kurang pastilah kesahihan pasal logo ni, apapun bagi yang rajin tu cuba-cuba la kat rumah…pastu jangan lupa bagi result dekat ruangan komen dibawah ye… hehehe :P
CREDIT : http://klik-aje.blogspot.com/2011/07/rahsia-logo-volkswagen.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan