SEBUAH Ferrari F360 baru berharga bermula dari AS$81,678 (RM246,790).
LONDON – Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya
menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam. Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu
mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari. Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100
kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana
beratnya sudah bertambah. – Agensi
SUMBER : KOSMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan