MOSCOW – Pengeluar bola terkenal dunia, Adidas telah mencipta bola yang lebih pantas untuk digunakan pada pusingan akhir Euro 2012 nanti.
Menurut ketua eksekutif pengeluar barangan sukan dari Jerman itu, Herbert Hainer, bola yang dimaksudkan itu sukar diramal pergerakannya dan bergerak lebih laju daripada bola rasmi Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu iaitu Jabulani.
“Kami memang sengaja mencipta bola tersebut sedemikian rupa dengan harapan akan lebih banyak gol dapat dihasilkan di Poland dan Ukraine nanti,” katanya pada majlis taklimat kepada media di sini, kelmarin.
Katanya, penjaga gol adalah pemain yang akan berdepan masalah paling besar dengan bola ini kerana pergerakannya sukar dibaca.
“Seperti Jabulani, kami tidak menerima sebarang bantahan. Begitu juga dengan bola ini yang sudah pun dicuba penggunaannya dalam saingan Liga Juara Juara Eropah,” tegasnya.
Ketika ditanya tentang nama yang akan diberikan kepada bola baharu ini, Hainer enggan mendedahkannya kerana ia akan diumumkan pada majlis undian di Kiev pada 3 Disember ini. – Reuters
SUMBER : KOSMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan